15 February 2011

30-day challenge: #day 1

uhukk! kena tag untuk SEBULAN weh!!! nih suma koje chekgu sulhi kita yang terlampau rajen.. amboi, mentang-mentang blog dah chantek, dia bagi homework pulak ea.... hahaha
dah kena tag 3 hari lepas tapi hari nih baru ada masa nak submit homework untuk hari pertama.. hahaha... mintak maap chekgu!! len kali tak mau buat dah!! sambil iyou jawab homework ni, readers leh kenal iyou lebih kan?

Q: A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
yang nih rasanya paling latest
(gambar study last minit untuk test)
15 intereting facts? woooo... banyak tuh.... kira kat sini leh layan syok sendiri la kan? hahaha...
- aku sentiasa ada pandangan aku sendiri
- aku open minded punya olang
- aku suka termenung
- aku pentingkan sahabat dalam hidup, tapi apa-apa pun FAMILY FIRST
- aku tak 'ayu' mcm nama sendiri. ada kala kasar, ada kala sopan
- majoriti kawan baik aku lelaki
- aku suka masak walaupun tak berapa pandai nak masak
- kalau aku ada masalah, aku prefer untuk pendam dan try cari solution sendiri
- macam tu jugak dengan marah. aku suka pendam.
- aku suka tidur lambat
- aku suka + mudah menangis
- aku suka filem hindustan especially kalau hero dia Shah Rukh Khan
- aku lebih suka merempit dari naik kereta
- suka buat silap, pastu pikir 10x baru menyesal. takpun, kena tunggu orang tegur
- aku suka kalau orang tegur kesalahan aku direct macam Ryu Watanabe

1 comment:

ZaNaUs said...

just a simple notes about u, kn?hehe ;)
xpe, t ak nk crik lg omework kt ang.hahahahaha :D