12 January 2011

saya pelajar UPM

kenapa tetiba ada post macam nih? hahaha.. yang mana rajen, sila la pergi ke SINI!
sentap! sangat-sangat sentap bila cik paen memerangkap penolong cek result dulu. ingat lagi masa tu dalam kereta on the way nak bercuti bersama L I S A! sangat sentap sebab aku dapat buat ijazah dalam bidang yang aku minat ---> Sains Haiwan. bukan Vet, tapi lebih cenderong ke arah ternakan iaitu fokus pada haiwan domestik!
tanggal 27 Jun 2009 aku selamat dipenjarakan @ Universiti Putra Malaysia / UPM, Serdang, Selangor. sekarang baru semester 4 yakni tahun ke 2. 2 years to go! chaiyok! doakan aku grad dengan scroll 1st class honour k!
sad

pengalaman (untuk belajar):
1. daripada kambeng hidop
2. kami ‘bunuh’ dia
3. kami ‘siat-siat’ dia
4. sampai dah tak dak rupa kambeng!

bersama kosmate yang gila-gila melancong ke ganu!
sebelum ni memang tak pernah dengar pun pasal PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan). seryes banyak pengalaman! kat sini lah aku belajar bergaul dengan orang yang berpangkat, belajar banyak peel manusia, belajar untuk kerjasama+hormat menghormati. dan dah semestinyalah aku belajar ilmu medan perang.
bila aku jadi askar, aku boleh buat apa saja yang orang awam boleh buat. tapi orang awam tak boleh buat apa yang aku buat masa aku jadi askar! amacam? jeles tak? hehehe.... tunggula lagi setahun, insyaAllah 1 paku (as Left. Muda) akan tersemat kat bahu ni dengan watikah daripada Yang dipertuan Agong!
macam-macam kami belajar as a reserve officer!
*maaf, tak dapat nak upload pic yang gempak sket.
dah kena warning tak boleh terlalu expose. rahsia negara!*


p/s: untuk adik-adik yang masih bersekolah, blog pilihan malaysia ada banyak lagi cerita-cerita yang BEST daripada student IPTA lain. buat semangat untuk exam! =)

11 comments:

nazalya said...

gud luck for both of us..
tee hee..
:-)

zacky ~786~ said...

err no.4 tu ape?? huhuu..

gud luck..

iyou said...

nazalya: insyaAllah.. sama2 bertahan! =)

zacky: pic no 4 tuh bahagian dlm bdn kambing. tuh fokus kt bhgn perut =)

cik violet said...

wow..sains haiwan..kental ar..gudluck ;)

Nur Mudrikah said...

wah, siap join palapes lagi. memang salute la kat awak. apa perasaan bila kena 'bunuh' kambeng tu..huhu

salam kenal. saya pelajar upsi..

iyou said...

thanx Nur Mudrikah~

bes woo dpt men dengan kambing+binatang2 seangkatan dengannya! =)

eiysya zasya's said...

palapes rupanya.. i've 2 frens palapes laut.. hoho~
nway, u join palapes apa?


p/s: Saya Pelajar UM..

iyou said...

eisya: iyou palapes darat =)

sitinurulafiah said...

hye sy pelajar upm jugakk!
engineeringgg :)

hantu GiGi said...

selamat perkenalan hantu gigi dari UIA!!!aummm!

.vna erman. said...

hye...nice blog
feel free to follow my blog

http://www.vnazone.blogspot.com