10 January 2011

contohi AYAM KAMPUNG

Berita Harian hari ni: seorang gadis mengaku melahirkan bayi tidak cukup bulan (kompem luar nikah) tapi janin didakwa terjatuh terus dalam lubang jamban. pastu jamban tuh dah di’flash’. boleh bayang tak apa jadi kat janin tuh? sadis~
polis agak-agak gadis ni tipu. maybe janin tu dibuang dalam sungai belakang rumah. tapi sampai sekarang tak jumpa apa-apa bukti dalam loji taik mahupun dalam sungai.

tau tak ayam kampung sangat berbeza daripada ayam komersial. ayam kampung sangat-sangat sayang anak-anaknya.

cuba la pi kacau mana-mana anak ayam kampung kompem kena ligan* dengan maknya.. tambah pulak time mengeram telur. garang extravaganza.. tak caya lagi? try la kacau ayam mengeram telur kat belakang rumah jiran korang.. bukan ibu ayam je, ayam jantan pun akan sama-sama guard ibu ayam yang tengah mengeram!
tu ayam kampung la..

apa tengok-tengok?!

tapi kalau ayam komersial… adoi~
kita amek telur depan mata ibu ayam dia bolayan je.. memang tak heran apatah lagi nak marah/ligan*/patuk korang.. kalau nak lagi kejam amik telur then pecahkan depan mata ibu ayam tu. kompem ayam tuh buat bodoh je..

maka the moral of the story, contohilah Ayam Kampung. jangan tau buat anak je, tapi tak sayang anak macam ayam komersial.

*ligan = kejar (loghat utara)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...