25 January 2011

Be urSelf Contest

contest_1
pesan tuan punya contest: “pic korg posing ngan cara korang. BE Urself. Minimum pic: 1 dan Maximum pic: 3”
DSC01310
ALWAYS BE MYSELF…. with my family
2 pasang kaki gedabak berjaya dirakamkan @ Cameron Highland. Hari Keluarga Felcra Berhad! turut ada dalam gambar nih adalah staf-staf Abah.. betul! mereka-mereka ada kat belakang pintu tuh…
jangan tertipu dengan gambar, iya! di sebelah aku itu adalah adik aku yang no.3. bukan Farid Kamil. aku ulang, bukan Farid Kamil.
- aku seorang anak perempuan yang malas tapi rajin, tak suka memasak tapi tetap memasak, tak suka mak berleter tapi hari-hari wajib untuk mak berleter
- aku seorang kakak yang garang tapi amat sayang adik-adikku
-aku seorang adik yang lemah lembut tapi  kasar dengan abangku

Image703
ALWAYS BE MYSELF…. with Ryu Watanabe
kenangan time boleh lunch sama-sama dengan Ryu Watanabe. yeah! it’s me! gambar haram nih.. gambar ni diambil tanpa kebenaran. sambil tunggu kehadiran nasi ayam, sambil dengar leteran beliau. sekali lagi, jangan tertipu dengan gambar! tangan aku sedang menutup telinga, bukan menopang kepala.
- aku suka belahak kuat-kuat lepas makan
- aku suka gelak kuat-kuat
- aku suka lempang Ryu Watanabe. Ryu Watanabe pun suka lempang aku.. sweet kan? kami ada persamaan!

0526
ALWAYS BE MYSELF…. with L.I.S.A
rindunya kat hangpa (T_T)
sempat lagi posing @ USM hostel sementara tunggu lif. kebenarannya, kami tertinggal beberapa lif sebab nak dapatkan shot terbaik. kamera duk atas tebing sebab tak ada manusia wujud ketika tu selain kami ber4. kenangan sebelum ‘kemalangan ngeri’ berlaku di Batu Feringgi. oh ya, kami menginap secara haram 1 malam kat bilik Sulhi time nih.
- aku paling cun antara 3 orang gadis cun ni
- aku paling selebeh + lalai antara 3 orang gadis selebeh + lalai ni
-kita sahabat sejati. kan LISA?

keterangan lanjut: hubungi  INTAN HAIRANI
KEPADA: cik sulhi dah buat dah… cik alya, cik lynn, cik iylia, cik paen…. kalau nak hadiah jum join.. hahaha

1 comment: