05 January 2011

ayam : frozen/fresh dari pasar malam?

aku kongsi tips sket yang aku dapat dari kuliah sains poultri pagi tadi.

kita define ayam dah x fresh bila disejukbeku kan? dalam kepala mesti kita ingat ayam ni ntah-ntah seminggu duk dalam peti ais. ramai yang beli ayam kat pasar malam yg nampak lebih fresh dari ayam frozen. selalu aku tengok orang duk pegang-pegang ayam tuh. rasa panas ja kan. bukan panas dimasak, panas suhu biasa maa..
sd

tapi, hakikatnya tau tak ayam frozen lebih selamat+fresh dari ayam kat pasar malam tu?

sorry kepada tokey2 ayam pasar malam. bukan nak kacau periuk nasi, tapi nak kasi informasi. wah! cam pantun plaks.

agak-agak orang yang jual kat pasar malam tuh pukul brapa diorang sembelih+prepare ayam-ayam tuh? dah berapa lama ayam-ayam tuh terdedah? lagi lama ayam-ayam mentah tu terdedah, makin tinggi probabiliti untuk pengguna keracunan makanan yang disebabkan oleh bacteria yang bernama salmonella.
salmonella
ayam frozen lebih selamat sebab suhu sejuk menyebabkan pembiakan bacteria tak efektif. yang kurengnya ayam frozen ni kita  tak tau dah brapa lama ia di’frozen’kan. tapi its better than ayam yang terdedah untuk beberapa jam.

paling fresh dan terbaik adalah ayam yang disembelih depan mata anda/ayam yang anda sembelih sendiri

p/s: inginkan yang betul-betul fresh? perah lah sendiri! hehe

No comments: