08 November 2010

darurat

wahh!!! pukul 5pagi!!! awalnya aku bangun!!!! sejarah nih.. hahahaha

hari ni secara rasminya diisytiharkan UPM darurat!
kepada askar-askar UPM yang bakal berperang:
  • berdiri tegak menghala arah yang tepat. pasang niat. fokus. angkat takbirratulihram. solat subuh~
  • sebelum keluar dari markas, periksa 'senjata' dan 'peluru'
  • keluar langkah kaki kanan. bismillah. selawat. semestinya anda pakai 'pakaian' yang sesuai untuk berperang
  • pastikan anda membawa 'dokumen' yang sah. kalau tak anda tak boleh melepasi sempadan negeri
  • berhati-hati menuju ke medan perang. pastikan anda tidak tersungkur sebelum berperang
  • setibanya di medan perang, pagari diri anda dengan doa dan surah pilihan agar selamat semuanya
  • pabila bendera diangkat dan semboyan dibunyikkan, tembakkkkkk!!!
woi~ jangan tembak melulu.. pikir dulu sebelum  tembak

p/s: selamat menjalani peperiksaan akhir semester, kawan-kawan!

No comments: