17 August 2010

PROJEK: tak sabar tunggu

tengok la pokok buah dah besar.. x sabaqnya nak tunggu berbuah..
gambar 'sekarang' lepas 2 minggu pindah anak pokok dalam polybag..
kejap jer kan..?
haa, kami tanam rock melon nih guna sistem fertigasi...
nampak x 'wire' itam tuh? kami panggil 'pen' sebab bentuk dia macam pen..
pen nih tempat air kuaq laa..
kira x payah siram pokok dengan cara manual hari2.. pen nih dah siap cucuk dah dalam setiap polybag..
then set masa kat ibu pam.. contoh, set air akan dipam setiap 1 minit..
biar jer, apa yang kena wat just pastikan 'pen' berfungsi...
air yang mengalir bukan air paip semata-mata okey!
air dalam tangki kami dah bancuh dengan 2 jenis baja....
pH air ni awalnya 1.6-1.8.. tapi setiap 2 minggu camtuh kena naekkan siket demi siket pH air baja nih.. macam tuh jugak dengan set air.. air yang dipam pun masa dia berubah2 ikut tumbesaran pokok..
pH air sukat gune EC meter
pokok rock melon ni sama jugak mcm pokok tembikai.. jenis me'rayap'..
so dah besaq macam tuh, kena prepare tempat untuk dia merayap...
baru aku pasan, tiap kali p ladang baju ungu ni ja aku bedal.. haha...
kira dah jadi baju ladang la nih
see! guna tali rapia ja.. tebuk sket lubang kecik kat polybag then ikat..
sebenaqnya gambaq tuh sebelom kami kena teguq dengan pegawai pertanian..
tali rapia x leh ikat tegang sangat.. biaq kenduq+free sekitar muka polybag..
yala, poko mana ada mata nak cari kat mana tali tuh..
so kalau tali tuh ada contact sket+dekat dengan pokok, dia tewus melilit...
sentiasa kena cek, kalau pokok melilit kat pen/x melilit, kita kena tolong dia cari jalan lurus la.. hehe..
lilitkan siket pokok tuh kat tali then nanti pandai2 la dia naik...
haa??? macam pelikkan tali tuh tergantung camna?
ni la dia rupa sebenaq tempat aku bekerja tiap2 petang
tali tuh tergantung  ke atas laa.. nanti pokok akan melilit ke atas.. buah dia nanti, wait n see... hehehe
nampak bumbung fertigasi nih cam mahai ja kan? yang putih tuh plastik besa ja..
ni dia makanan+supplement pokok-pokok aku

No comments: