04 August 2010

all about vitiligo

makaseh kepada sahabat aku, amirul aizat..
1st time jumpa blog bakal doktor ni... pa lagi, sesi terjah pon bermula.. haha..
ada 1 entri menarik hati aku, ujian Allah..
sedikit sebanyak menginsapkan diri ini.. hehe..

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri”
Surah Al-Hadid ayat 22-23
 so aku terpanggil untuk wat entri ni untuk melapangkan sebilangan kecil dada saudara2 yg senasib dengan aku... kita serupa, tapi tak sama.. haha...
kenal michael jackson?? (tipula x kenal).. arwah pon salah sorang pesakit vitiligo.. awal2 dulu dia selalu pakai sarung tangan.. last2 jadi putih terus..
nak putih terus cm michael jackson gak r.. dia buang semua pigment kulit dia, permenant! amek masa setahun jugak r nak jadi putih melepak cam tuh. tapi mana aku nak cari duet?? hahaha..

vitiligo nih gangguan kronik yang menyebabkan depigmentation/tampalan kulit.
benda nih jadi sebab melanosit, sel yang bertanggung jawab untuk pigmentasi/bagi warna kulit kita mati atau tidak dapat berfungsi.

ikut kajian, punca vitiligo nih dari autoimun, genetik, oksidatif stres, saraf, atau virus. dalam dunia ni kurang 1%  orang ja dapat penyakit nih.. kira aku nih termasuk dalam golongan istimewa la.. haha... ada 2 jenis vitiligo. non-segmental vitiligo (NSV) neh tompok depigmentation kat bahagian2 tertentu dari masa ke semasa dan boleh merebak ke bahagian2 laen.. pesakit NSV x ikot umur mcm vitiligo Segmental (SV). ramai yg dapat SV nih remaja. SV ni banyak effect dekat kulit yang ada kaitan dengan akar dorsal dari tulang belakang. SV cepat merebak dari NSV. (aku nih SV kot)


tanda-tanda:
- mestila tompok2 kat kulit. mula2 kecil, lama2 besar. selalunya kat muka, tangan, mulut, mata, hidung, alat kelamin dan lesi hiperpigmentasi umbilicus.
(aku punya setakat nih kat tangan+muka+leher jer.. huhu)
- gangguan mental. bukan gila okey! haha.. depression/mood disorder..stress laa.. pegi mana2 mesti org tengok semacam ja..
tangan aku.. huhu... 

suma penyakit ada ubat.. mati ja x dak ubat...
so skang aku tgh berubat la.. huhu...
sabaq ja la kena makan macam2 ubat...


supplement someone kasik. thanz someone! haha

p/s: doakan aku sembuh cepat dari penyakit ni!

4 comments:

MOFASAD said...

dulu ada member gak ada penyakit camni... tapi bila jumpa bahan dia

"clorox ko xhabis2 lagi ke?"
hahaha

nazalya said...

inysa Allah.. akn sy doakan anda sembuh.. ^_^

iyou said...

mofasad: jahat giler! nih bukan clorox.. nih rahsia krim pencerah yg terbaek di alam semesta.. tp makan masa coz dya putih kat stgh2 tempat jer.. haha.. adoyai~

nazalya: makaceh2! ameeenn~

Zulfikar Hazri said...

la, tak perasan pun sebelum ni.. sabar lah ye..

moga2 ubat2 tu semua berkesan