11 February 2018

Strongman Challenge Tuaran, Sabah - 3&4 Mac 2018

Encik suami Ayu ni aktif dengan sukan strongman sejak 2015 lagi. Tapi ye la masa tu kekangan masa bekerja mengkayakan orang lain macam nak mati. Sekarang bila dah start kerja masa sendiri ni, mula laa dia serius join pertandingan sana sini. 

Mula mula Ayu sendiri tak sangka sampai tahap ni dia punya serius. Tiap kali dia ada training, ada masa Ayu turun laa jadi penonton. Support. Walaupun masa dia training tu sibuk dengan handphone sendiri dan main aci ligan dengan Fateh. Hahaha. Sebelum ni pun encik suami join pertandingan yang dekat dekat je.

Tahun 2018, tahun gemilang laa buat dia. Awal bulan haritu dapat top 5 (no.4) dalam event strongman challenge flip tayar 200kg di Batang Kali haritu. Meh tengok sini:


Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and outdoor

Yang paling tak sangka rezeki encik suami ditaja oleh ATF Sport Taping bila dia nekad nak masuk strongman challenge di Tuaran, Sabah 3&4 Mac 2014. Alhamdulillah! Yang ditaja dia seorang. Jadinya ke Sabah nanti dia seorang je laa. Sobs3. Tak ada rezki Ayu nak join terbang sekali. Lagipun diorang kat sana dah set sesama atlit tong tong untuk penginapan. Takpelah. Ai is redho. Tapi makesure kena menang tau! Next game kita planning elok elok pergi 1 family.

siapa kenal sebelah encik suami tu? Kalau nak tau tu player ragbi Malaysia.
Bigboss ATF Sport Taping. 

Ayu & Fateh sentiasa doakan. Eh! Baru 11 Februari daaa. Hahaha. Gaya buat ucapan macam dah nak terbang ke Sabah malam ni. Apa apaun, start harini dah kena ada doa kemenangan & dipermudahkan urusan kat sana. Uols yang baca post Ayu ni, doakan sama kejayaan encik suami kat sana nanti eh!

Image may contain: one or more people and outdoor

Kat lengan encik suami bertempek warna warni tu nanti Ayu story lain k. Sangat sangat berguna tau benda tu. 

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana


Bismillah. 
Harap harap ada rezeki Ayu tambah koleksi totebag! hehehe Jom rama ramai join GA dari Ana Suhana! Nak join, klik banner tau.

HADIAH :
5 orang pemenang akan mendapat sebuah Totebag bertemakan travel (tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara) dan sebatang pen perfume!

04 February 2018

Mingle & Pitch Program - Malaysian Rare Disorders Society

"be thankful for what you have, you'll end up having more. 
If you concentrate on what you don't have, you will never ever have enough"

Ceritanya, Ayu follow rapat facebook Doktor Rusyainie. So daripada posting beliau, dia share pulak post tuan Syed Azmi. Daripada sini lah Ayu dapat tau pasal event Mingle & Pitch ni. Terkinja kinja lah Ayu text person in charge walaupun eventnya besok. Risau jugak tempat penuh ke apa kan. 

Masa text tu, Ayu bagitau yang Ayu adalah pesakit Vitiligo. Is Vitiligo community included in this society? Dan Ayu tersangat lah happy bila diorang sangat mengalu-alukan kedatangan Ayu.

No automatic alt text available.

Macam tiba tiba je eh?
Tak lah. Sebenarnya kalau uols nak tau, 28 Februari adalah World Rare Disease Day. So event ni berlangsung sempena kempen ni la sepanjang bulan Februari. 

Image result for world rare disease day

Terima kasih buat cinta hati Raja Yusaini yang beri keizinan Ayu pergi jugak event ni. Kalau tak asalnya nak pergi sefamili, tapi sebab selsema Fateh makin teruk pulak harini. Jadinya terpaksa dikuarantin.

Ayu sampai awal sikit sebelum program bermula. Sempat tolong ikat belon duduk sebelah 'makcik'. Bercerita tentang arwah cucunya, salah seorang pesakit yang tergolong dalam rare disorders, cabaran dan perjuangan beliau. Dan Ayu pun sempat cerita serba sikit apa yang Ayu pernah lalui dengan Vitiligo. 

Lepas habis sembang, ada orang panggil 'makcik' ni "Dato.. Dato..."
Baru laa Ayu tau sebenarnya beliau adalah adalah Dato' Hatijah Ayob, presiden Malaysian Rare Disorders Society (MRDS). Hahahaha. My Bad. Tak sempat nak selfie pun dengan orang penting ni. *tepuk dahi*. She's very very humble. Adore her so much! Sampai sekarang teringat ingat lenggok manisnya percakapan Dato'. Boleh bayang dah macamana Dato' cakap dengan anak cucu penuh kasih sayang.

Image may contain: 4 people, people standing, shoes and outdoor

Dan sempat jugak having conversation dengan Ainaa, one of the pitchers. She's fighting with muscle progressive disease - Spinal Muscular Atrophy (SMA). Tapi, jangan pandang sebelah mata. Hebat orangnya. Kagum dengan usaha Ainaa hasilkan kraf yang terrrrsangatlah comel comel even orang yang sihat sempurna fizikalnya akan tercabar dengan kemampuan Ainaa. Sebab keterbatasan Ainaa nak bergerak, dia tak mampu nak bekerja macam orang lain. So Ainaa deside untuk jadi freelance artist.

Check her Ig here:
Sumpah cantik cantik gilaaaa hasil tangan Ainaa! 

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and outdoor
Image may contain: 1 person
cantikkkkk kan? Geram rasa nak beli semua!
Ada lagi beberapa booth lagi tadi yang sajikan hasil seni masing masing. Semuanya dijual dengan harga tak masuk akal kalau nak dibandingkan dengan usaha diorang buat benda berseni. Masa ni orang tengah busy set up tempat. Sempat sembang dengan Ainaa ja sebab booth dia ja yang dah complete masa tu.

No automatic alt text available.

Tak lupa Ayu dapat kenal dengan very lovely & cheerful person, Nadia. Antara orang penting dalam program ni. 

Image may contain: 2 people, people smiling, selfie and close-up

Dapat bertentang mata pulak dengan aktivis terkenal tanah air, Syed Azmi. Havoc & ceria habis laaa event siang tadi sebab tuan Syed Azmi jadi emcee. Sekarang ni bila baca posting Facebook dia, aku ni dah terbayang bayang macam dia tengah bercakap pulak. Ahahaha. Kata kata semangat yang diorang bagi kat Ayu takkan pernah Ayu lupa. Terima kasih!

Image may contain: 2 people, people smiling, glasses and close-up

Ringkasnya program tadi Ayu dapat kenal ramaiiii kawan baru yang tergolong dalam 'rare disorders'. Nak sebut satu satu... neurofibromatosis, phelan mcdermid, spinal muscular atrophy, osteogenesis imperfecta, achondroplasia... tergeliat lidah! Semuanya berpeluang share pasal diri masing masing tadi even Ayu sendiri dapat peluang naik pentas walaupun tak prepare text. Main taram ja cakap rojak bm-bi.

Inilah my first time bercakap depan orang ramai pasal vitiligo, siap dekat sebelah orang translate dengan bahasa isyarat apa Ayu cakap. Sebelum ni menulis dekat blog, ig & facebook ja. What an ohsem experience! Dan sebenarnya satu kejayaan besar bagi Ayu dapat bercakap depan orang ramai tentang Vitiligo tanpa secalit make up pun yang cover white spots. Nervous dia jangan cakap laaa. hahaha.

Image may contain: 1 person, indoor

Tak sempat nak mingle around dengan semua orang orang hebat tadi. Terlalu ramai. Dan masa pun suntuk. Terima kasih pihak penganjur program, volunteers dan orang ramai yang sangat sangat supportive siang tadi. This is a big opportunity yang selama ni Ayu cari untuk merealisasikan hasrat Ayu nak educate orang ramai tentang Vitiligo. Supaya masyarakat buka mata, menerima kami seadanya dan tak lagi beri pandangan yang tak menyenangkan bila berjumpa kami.

Tak tau macamana Ayu nak describe my thoughts and feelings sepanjang program tadi. Patutlah masa register dapat free tisu. Hahaha. Memang menitis air mata sepanjang program tadi. 

So next program, uols semua wajib bawak family & friends datang meriahkan lagi program ni, k! Spread love & positive vibes!

MRDS website:
http://www.mrds.org.my/

Official Fb Page MRDS:
https://www.facebook.com/MalaysianRareDisordersSociety/

Official Instagram MRDS:
https://www.instagram.com/officialmrds/